Ringkasan bab 3.
Rahsia Limpahan Rezeki
Dibawah bab ini anda akan mempelajari:
- Rezeki itu sukakan kepada insan yang berusaha. Insan yang
berjaya berusaha menjadikan dirinya bernasib baik. Lakukan
dahulu kemudian anda akan ketahui hikmah disebalik sesuatu
perkataan
- Allah memberi rezeki, dan rezeki itu berada dimana-mana.
Pada setiap insan ada Telaga Emas, iaitu kelebihan kurniaan
Allah yang berbeza dan tersendiri. Gunakanlah ia untuk meningkatkan
pendapatan anda.
- Bagaimana menjadikan kerja harian sebagai ibadah, agar usaha
anda mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dan bagaimana
menggunakan kemahiran hidup anda.
- Rahsia babylon: Bagaimana untuk mengubati poket anda yang
selalu kosong. Belajar bagaimana cara berjimat cermat, mengawal
perbelanjaan, menjadikan harta bertambah, menjaganya dari
kehilangan, mengurangkan kos hidup dan juga memastikan pendapatan
masa hadapan
- Mengenai lima rahsia emas, peraturan kuno untuk menjadi
kaya raya. Mengetahui bahawa mencari harta itu membina empayar
masa depan, bahawa harta akan berlipat ganda bila ia dikendalikan
secara bijaksana, serta dilaburkan dengan hati-hati kepada
perkara yang menguntungkan.
- Berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar dikurniakannya
rezeki yang berlimpah kepada anda.
|
|
Quote
|
|
We lost because we
told ourselves we lost
|
|