PETUA MENGASIHI ISTERI.....
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu
sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love
You".
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan
isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu
nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah
selamat sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga
dan pendidik.
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat
isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan
pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya
mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah,
betulkannya.
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan
isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai. 15.
Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih
tempat untuk makan.
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba
ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak
ramai.
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak. 20. Belikan hadiah
kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya,
kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang
dengan isteri.
PETUA MENGASIHI SUAMI....
1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.
Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian
yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah
dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah
pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan.
Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang
dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami
anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga
suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama
zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda
bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan
suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam
berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda.
Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri
kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi
rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan
setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap
diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.
Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang
lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal
dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama
suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan
berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda
tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah
kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan
dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk
dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan
suami anda,suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak
anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan
mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. 10. Apabila anda
masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan
berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat,
iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah
satu-satunya kekasihku".
11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun
anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing
sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda,
anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.
Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah
tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda,
layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan
anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri
yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya
layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap
anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa
malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya
seorang lelaki akan memahami tanda- tanda anda memerlukan jima'.
Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan
dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan
tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal
ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa
dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan
itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk
merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan
anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada
anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan
saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda
dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga
suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda
disyurga.