|
Senaman
Kesembilan
Gerakan
senaman ini adalah baik bagi mengu-atkan otot paha. Jika
gerakan dilakukan, akan terasa otot paha sebelah belakang
diregang, dan otot paha hadapan dan otot paha tepi diurut.
Regangan yang dilakukan ini diukur menggunakan jarak maksima
bukan kesemua jari-jari tangan kanan dan kiri yang disambungkan,
iaitu jarak antara telinga dan ibu jari kaki.
Gerakannya: Kembangkan jari-jari dan susun supaya ibu
jari tangan kiri mencecah cuping telinga kanan. Ibu jari
tangan kanan pula mencecah keling-king tangan kiri. Tarik
nafas; bengkokkan tubuh ke arah kaki kanan dan cecahkan
jari kelingking ka-nan itu ke hujung ibu jari kanan. Lakukan
gerak ceca-han itu 7 kali seraya nafas ditahani. Selepas
itu lepas-kan nafas pelan-pelan seraya mengangkat semula
kepala ke kedudukan yang mula-mula. Ketika gera-kan, pastikan
kaki kanan lurus. Lakukan pula hal yang serupa dengan
kaki kiri.
>>kembali
|