Lelaki DE
ragu rawatan moden
MASALAH disfungsi erektil (DE) sudah kerap diperkatakan,
tetapi masih banyak lelaki yang ragu mengenai rawatan
moden dan masih percayakan bomoh dan pawang. Saya harap
doktor dapat memberi pendapat mengenai masalah ini dan
cara rawatan moden.
RINGO,
Mantin, Negeri
Sembilan
KAJIAN di Malaysia
pada 1997-1998 di kalangan lelaki berusia 40 tahun ke
atas menunjukkan kira-kira 1.7 juta di kalangan mereka
mengalami masalah berkenaan. Satu juta orang mengalami
DE peringkat pertama (tidak mencapai ereksi sekali-sekala
dan berlaku selama enam bulan) dan selebihnya mengalami
DE peringkat pertengahan (banyak kali tidak mencapai
ereksi dalam masa enam bulan) dan peringkat tetap atau
mati pucuk.
Kajian yang
sama juga menunjukkan sebahagian besar daripada mereka
menghidap penyakit kencing manis (selain darah tinggi
dalam masalah jantung). Kebanyakannya pula sudah lama
dijangkiti penyakit berkenaan.
Menurut Pakar
Urologi dari Amerika Syarikat, Dr Ridwan Shabsing, individu
yang dijangkiti kencing manis ketika muda dan tidak
mengamalkan gaya hidup sihat bakal menghadapi masalah
DE dalam masa beberapa tahun. Ini berbeza dengan seseorang
yang dijangkiti kencing manis ketika umur sudah meningkat
tetapi mengamalkan gaya hidup sihat, masalah DE tidak
begitu ketara dan boleh dikawal.
Selain pengambilan
ubat PDE5 Inhibitor yang sangat popular, kaedah rawatan
lama seperti pam vakum juga dapat membantu lelaki yang
mengalami DE. Ia dapat membantu dengan melancarkan perjalanan
darah ke dalam zakar ketika lelaki itu terangsang.
Ada pelbagai
model dan bentuk pam vakum tetapi hanya sebahagian saja
yang lebih berkesan.