Gagal puaskan
isteri
MASALAH yang saya alami begitu merunsingkan saya. Saya
berkahwin dua bulan lalu, tetapi saya gagal apabila
memberikan kepuasan seksual kepada isteri.
Entah mengapa zakar saya tidak mampu untuk ereksi, sekali
gus membuatkan hubungan seks bersama isteri gagal. Pelbagai
cara sudah dicuba, tetapi zakar saya masih tidak mampu
untuk ereksi. Adakah saya mempunyai masalah lemah syahwat
atau mati pucuk? Untuk pengetahuan doktor, sewaktu remaja
saya kerap beronani. Adakah ia boleh menjadi puncanya?
Jika benar,
bagaimana untuk mengubatinya supaya saya mampu untuk
memberikan kepuasan seksual kepada isteri? Tolonglah
doktor, masalah ini benar-benar menghantui saya. Saya
juga bimbang ia boleh menjejaskan keharmonian rumah
tangga kami.
WOREN,
Bagan Datoh,
Perak
PASANGAN yang
mempunyai masalah dalam hubungan seksual perlu berbincang
dan mencari kata sepakat bersama. Sama ada masalah itu
datang daripada suami atau isteri, ia perlu diselesaikan
bersama kerana ia bukannya masalah individu.
Hubungan seksual
atau persetubuhan hendaklah dilakukan dalam keadaan
selesa dan seronok. Dalam keadaan sedemikian kemuncak
rangsangan atau ejakulasi boleh berlaku dengan penuh
nikmat. Jika tidak, ereksi dan rangsangan akan hilang
begitu saja!
Ada sebahagian
lelaki terikat dengan tabiat onani mereka. Ini mengakibatkan
mereka merasakan bersetubuh dengan isteri tidak mendatangkan
keseronokan sebagaimana yang dinikmati ketika beronani.
Apabila bersetubuh
dengan isteri, dia tidak dapat mengecapi nikmat klimaks.
Ia mengakibatkan dia tertekan dan lama-kelamaan, ereksi
semakin sukar dicapai. Masalah ini dikenali sebagai
‘situational impotence’ atau mati pucuk akibat tertekan.
Wanita sebenarnya
sukakan sentuhan mesra, malah ia adakalanya sudah cukup
untuk memberikan keselesaan batin kepada mereka. Persetubuhan
tanpa ejakulasi juga dapat memberi sedikit kepuasan
kepada pasangan, tetapi ia lebih sempurna jika kedua-dua
mencapai klimaks. Sekurang-kurangnya lelaki akan puas
dan selesa!
Bagaimanapun,
anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat rawatan daripada
pakar. Sememangnya masalah ketiadaan ejakulasi atau
‘enejaculation’ adalah masalah yang meruncing.