|
KISAH
ZAKAR
Pada
zaman Rom purba, kaum lelaki suka berkubang di tempat
mandian awam(sauna). Mereka menghabiskan masa berjam-jam
dalam keadaan bogel,
bersuka-suka, melihat dan membandingkan keadaan fizikal
mereka. Apabila ada kedengaran tepukan bergemuruh, fahamlah
mereka bahawa seorang lelaki yangberzakar besar telah
tiba.
Loceng Zakar, 1440
Nicolo de Conti (1395-1469) seorang pengembara Eropah
telah terpesona
dengan satu alat seks (sex aid) yang berupa loceng dipakai
pada zakar budak-budak lelaki di Arra, India. Dia berkata,
terdapat beberapa orangwanita tua menyara kehidupan mereka
dengan menjual alat ini (diperbuat daripada emas, perak
dan tembaga) sebesar kacang tanah dan diukir dengan menarik.
Setelah budak lelaki mereka mencapai umur baligh dan berupaya
mengadakan hubungan seks dengan wanita, alat ini akan
digantungkan pada zakarnya, di antara kulit dan isi. Tanpa
alat ini, wanita tidak akan menerima atau melayannya.
Pangkat atau
kedudukannya akan ditentukan daripada jenis tembaga yang
digunakannya , emas merupakan yang tertinggi sekali dan
harganya pun mahal. Wanita yang menjualnya alat ini akan
memasangkannya pada zakar budak lelaki itu dengan menjahitnya
pada satu bahagian yang kendur. Selepas beberapa hari,
luka jahitan tersebut akan tutup dan jika mereka mahu
tambah alat itu lagi, perkara itu boleh di uruskan oleh
wanita-wanita itu tadi. Ada yang menggantung sehingga
sedozen atau lebih. Kaum lelaki yang menggantung loceng
ini di zakar mereka dipandang tinggi oleh kaum wanita.
Mereka (kaum lelaki) pula akan rasa bangga membunyikan
loceng tersebut apabila berjalan di sekitar bandar dengan
diperhatikan oleh kaum wanita.
Seorang pedagang Eropah pula menambah, apabila loceng
tersebut dijahit pada kulit zakar seorang lelaki, zakarnya
akan membengkak, membesar dan memanjang. Ia akan kelihatan
lebih memberangsangkan dan mengakibatkan zakar lelaki
tersebut lebih tahan lama apabila mengadakan hubungan
seks. Katanya lagi adalah benar apabila wanita tempatan
diberi peluang memilih lelaki, mereka akan memilih lelaki
yang memakai alat tersebut. Sebab itu budak lelaki mereka
apabila
sampai umur baligh akan berebut-rebut minta untuk dipakaikan
alat tersebut pada zakar mereka dan menukarkan saiznya
agar berpadanan dengan saiz zakar dan badan mereka.
Melakukannya Dengan Kambing
Kisah ini berlaku di Itali pada abad ke 14. Seorang pengukir
yang bernama Simon telah ditangkap kerana meliwat seekor
kambing. Setelah ditanya oleh pihak berkuasa dia memberikan
alasannya. Katanya disebabkan satu kemalangan dia tidak
boleh memancarkan maninya selama tiga tahun. Sekumpulan
pakar surgeri kemudian memeriksanya. Pakar-pakar ini memberikan
hasil kajian mereka; Simon mempunyai zakar yang normal
sebab ia mampu menegang. Tetapi dia mempunyai satu kekurangan
(penyakit) pada buah zakarnya. Akibatnya dia tidak merasa
sensitif apabila mengadakan hubungan seks. Dengan itu
dia tidak boleh memancarkan mani maupun dipulihkan.
Bagaimanapun pakar-pakar ini mahukan lebih ujian diadakan
terhadap Simon. Dua orang pelacur telah dipanggil untuk
merangsang Simon agar ia boleh memancarkan mani atau dipulihkan.
Setelah mencuba, mereka tidak berjaya. Akhirnya Simon
dilepaskan dari menjalani hukuman yang biasa kepada setiap
peliwat (iaitu dibakar hidup-hidup). Dia dikenakan hukuman
sebat dan tangan kanannya dipotong.
Perang Zakar
Dalam peperangan pada zaman dahulu berbagai cara telah
dilakukan oleh
kedua-dua pihak yang bermusuh untuk memalukan atau menakutkan
musuh
mereka. Antaranya ialah merogol wanita-wanita dan kanak-kanak
dari kalangan
musuh. Cara lain ialah dengan memotong zakar mereka yang
dibunuh atau ditawan. Kira-kira 3,200 tahun dahulu, setelah
kembali dari sebuah peperangan yang dimenanginya, Raja
Menephta dari Mesir telah merendahkan musuhnya dengan
cara begini;
* Mengerat zakar 6 orang Jeneral Libya
* Mengerat 6,359 zakar askar Libya
* Mengerat 222 zakar askar Sicilia
* Mengerat 542 zakar askar Etruscan
* Mengerat 6,111 zakar askar Greek.
Minyak Ajaib
Moses Maimonides (1135-1204), seorang pakar theologi dan
doktor yang
terkenal pada masa itu telah menemui satu ramuan untuk
menguatkan zakar.
Keajaiban ramuan tersebut tiada tandingan dalam merawat
anggota zakar lelaki pada ketika itu. Caranya; campurkan
satu bahagian minyak lobak merah (carrot), satu bahagian
minyak sayuran (radish oil) dan satu bahagian minyak dari
biji sawi (mustard). Tuangkan separuh bahagian semut merah
(semut api) hidup ke dalamnya. Kemudian jemur di tengah
matahari panas selama 4 hingga 7 hari. Setelah itu gunakan
minyak ini ke atas zakar anda, lumur dan urut, 2 hingga
3 jam sebelum bersetubuh. Setelah digunakan basuh dulu
zakar dengan air suam dan
zakar anda akan terus menerus menegang walaupun setelah
terpancut mani.
Resipi Zakar Binatang Untuk Kekuatan Seks
Dalam buku The Perfumed Garden karangan Sheikh Nefzawi,
penulis telah
memberikan satu resipi yang berkaitan; Rebus zakar seekor
kaldai bersama bawang dan sejumlah jagung. Sesudah itu
berikan ia kepada seekor ayam jantan untuk dimakan. Setelah
itu ayam jantan itu anda sembelih dan makan. Ini akan
memberikan saiz yang lebih besar kepada zakar anda selain
keupayaannya juga bertambah. Dalam buku Kamasutra, Vatsayayana
telah memberikan satu resipi yang berlainan; Campurkan
zakar seekor kambing jantan yang telah direbus
ke dalam susu yang dicampur dengan madu dan minum. Ia
akan menjadi
zakar seorang lelaki segagah seekor lembu jantan.
Diceritakan daripda buku Rahsia Zakar oleh Ibnu Zakaria
di
hantar oleh: pelayar ssyyedd98 (mohdsufian@putera.com)
|