|
LELAKI
IDAMAN WANITA
ADAKAH
ANDA MASIH BERSENDIRIAN DAN BELUM BERPUNYA? Atau masih
tercari-cari pasangan yang sesuai dengan diri anda? Adakah
kerana anda kurang tampan menyebabkan anda belum mempunyai
teman wanita lagi. Anda tidak perlu menjadi lelaki yang
tampan seperti Prince William untuk menjadi lelaki idaman
wanita hari ini. Tips berikut mungkin dapat membantu anda
untuk menjadikan diri anda sebagai lelaki idaman wanita.
YAKIN
DAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI -
Kebanyakan wanita menyukai lelaki yang percaya pada diri
sendiri. Ciri ini mungkin sebagai bonus kepada lelaki.
Untuk itu anda boleh mencuba dengan berdiri di depan cermin
dan katakan "Saya adalah seorang yang terbaik"
ataupun anda boleh mengeluarkan kalimah-kalimah lain yang
membuatkan anda tampil dengan penuh yakin.
HUMOR
-
Anda jangan terlalu bersikap serius. Lelaki yang sentiasa
bersikap serius ini membosankan. Luangkan masa dengan
berkumpul dan berseronok di tepi pantai bersama kawan-kawan.
EGO
-
Wanita tidak suka lelaki yang ego. Oleh yang demikian,
anda jangan merasa cemburu dengan kawan-kawan lelaki yang
mempunyai ramai teman wanita yang cantik. Cuba lihat dalam
diri anda yang menyebabkan anda tidak disukai. Sebenarnya
anda juga boleh mempunyai ramai teman di kalangan wanita
sekiranya anda pandai menghormati mereka. Selain daripada
itu wanita juga sukakan lelaki yang berpengalaman.
BERJAYA
-
Wanita tidak suka dengan lelaki yang lemah. Wanita akan
gembira apabila temannya seorang yang mempunyai identiti
diri dan berjaya. Anda tidak semestinya kaya, cukuplah
anda seorang yang berkarisma dan kaya dengan pengetahuan
dan pengalaman.
BIJAK
-
Sesetengah wanita mengatakan lelaki yang pandai adalah
seorang yang seksi. Ini memang betul. Anda boleh memakai
cermin mata mengikut peredaran zaman agar kelihatan bijak.
ROMANTIK
-
Apabila berdua-duaan, ucaplah dengan kata-kata yang indah
seperti "Aku begitu menyintaimu" sambil menatap
wajahnya, matanya dan memegang tangannya.
Kesimpulannya,
untuk mencari leiaki yang sesuai dijadikan teman hidup
sebaik-baiknya biarlah yang beriman dan ada pegangan agama
agar dapat menjadi pelindung kepada keluarganya kelak.
dipetik
dari Majalah Pengantin, Feb 2002
|