Ngilu, sengal
pada Zakar
SAYA berusia 22 tahun dan sejak kebelakangan ini sering
berasa sakit seperti sengal dan ngilu pada zakar ketika
hendak membuang air kecil. Saya terpaksa membuang air
kecil perlahan-lahan sambil menahan sakit. Namun, ia
tidak menganggu aktiviti harian dan riadah saya.
Untuk pengetahuan doktor, saya kerap melakukan onani
sebelum berkahwin dan pernah melakukan seks oral bersama
isteri saya. Apakah masalah sebenarnya? Adakah ia boleh
mendatangkan kemudaratan seperti penyakit kanser, mati
pucuk atau ia hanya sesuatu yang normal?
ALIP
Permatang Pauh,
Pulau Pinang
RASA sakit
atau ngilu di hujung zakar mungkin akibat keradangan
atau kebengkakan yang berlaku akibat perbuatan rangsangan
kepada bahagian terbabit.
Apabila keradangan
hilang, rasa sakit akan berkurangan dan lama kelamaan
akan pulih. Jika rangsangan kerap dilakukan, sukar untuk
keradangan itu hilang dan akan rasa sakit berterusan.
Selain perkara
yang dijelaskan tadi yang menjadi penyebab masalah itu,keradangan
salur kencing juga boleh mengakibatkan rasa sakit ketika
hendak membuang air kecil.
Jika melakukan
seks oral, jangkitan itu mungkin datang daripada mulut
yang terdapat pelbagai kuman dan kulat. Jika mahukan
kepastian mengenai masalah berkenaan, jumpalah doktor
untuk menjalani pemeriksaan.
Jangan biarkan
masalah itu berlanjutan kerana jangkitan boleh merebak
ke dalam dan mengakibatkan keradangan pundi kencing,
salur ureter dan buah pinggang! Jika ia memang punca
daripada rangsangan oral yang keterlaluan, elakkan atau
kurangkan amalan itu!