ONANI atau MELANCAP


Pada zaman sekarang terdapat pelbagai jenis peralatan dan permainan yang dijualkan kepada orang ramai khususnya bagi mereka yang menggemarkan onani (melancap). Bagi kaum perempuan, ada di antara mereka yang menggunakan peralatan seperti zakar getah dan lain-lain lagi tetapi bagi wanita zaman dahulu di beberapa negara lain mereka menggunakan lobak ataupun terung yang diukir seperi zakar lelaki.

Bagi kaum lelaki pula ada sesetengah di antara mereka menggunakan tangan mereka sendiri ataupun menggunakan sabun yang telahpun dilubangkan mengikut saiz zakar mereka.

Perbuatan onani merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan boleh menjejaskan kesihatan orang yang mengamalkannya.

Bagi kaum wanita yang mengamalkannya, kemalangan boleh terjadi bila-bila masa sahaja seperi peralatan yang digunakan patah atau rosak di dalam faraj ataupun
mengakibatkan luka-luka pada dinding faraj serta mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan.

Bagi kaum lelaki pula, perbuatan onani ini boleh menjejaskan saluran air mani mereka dan menyebabkan kemandulan berlaku terutamanya kepada mereka yang mengamalkan onani semasa remaja. Kesan tersebut berlaku pada masa yang amat panjang.

Bagi mereka samada lelaki mahupun wanita yang belum berkahwin, fikirkanlah akibat dan padah yang bakal menjelma sekiranya ada di antara mereka yang masih mengamalkan onani sehingga sekarang. BERHENTILAH!!

 
Copyright © Reserved , Minyak Lintah ® Moderator