|
Kemuncak
seks (Orgasme).
Orgasme
pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang menarik
perhatian, bahkan banyak dibahas dalam buku-buku seks
ilmiah. Sejak
terbitnya karya Masters and Johnson sekitar tahun 1960-an
maka
dongeng dan rahsia sekitar persoalan orgasme telah lenyap
dan
terungkap.
Sekarang
telah diketahui bahawa meskipun pengalaman orgasme itu
terpulang pada setiap individu namun proses jasmaniah
orgasme itu
sentiasa sama.
Bagaimana
Wanita Mencapai Orgasme
Kaum
wanita mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi terhadap
rangsangan hubungan kelamin. Walaupun begitu bukit di
mana rambut
kemaluan terletak(tundun), bibir kecil dan kelentit, serta
liang
faraj itu merupakan alat-alat kelamin yang memegang peranan
penting.
Clitoris atau kelentit merupakan alat-alat kelamin yang
memainkan
peranan penting. Clitoris atau kelentit itu merupakan
bahagian yang
paling peka kepada syahwat tubuh wanita. Itulah sebabnya
terdapat
wanita yang menghendaki rangsangan yang terus-menerus
pada kelentit untuk mencapai orgasme. Pada hujung kelentit
itu, deria rasanya sangatlah halus dan peka. Sentuhan
yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang
atau sakit.
Sebab
itu sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian
yang peka syahwat di sekitar tundun, baik dengan tangan,
lidah atau alat penggetar menyeronokkan. Selama berlangsungnya
persetubuhan, gerakan zakar yang keluar masuk liang faraj
itu boleh menimbulkan rangsangan terus-menerus terhadap
kelentit. Ini kerana ia dapat menggerakkan labia minora
atau bibir kecil ke atas kelentit.
Merasakan Kemuncak Tahap Orgasme
Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada
setiap
wanita. Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana.
Sesaat
sebelum terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan
selama 2-4
detik pada saat otot-otot kecil pada sekeliling faraj
dan rahim itu
mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu sendiri
yang biasa
berlaku selama 10-15 detik. Ia terasa seperti suatu pengenduran
otot
secara berirama dan berturut-turut yang terjadi tiap 0.8
detik tiap
gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu pertiga
hujung luar
faraj dan menjalar sampai dalam rahim. Rahim dan dubur
pun ikut
kempat-kempot.
Suatu
orgasme yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme yang
kuat
terjadi 8-12 kempotan. Ketika berlakunya orasme itu otot-otot
perut,
betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas
itu semua
keadaan badan wanita itu kembali lagi pada keadan normal
diikuti rasa
lega, santai dan penuh kedamaian.
Orgasme
Berganda
Berbeza
dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme
berganda. Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak
lama
setelah orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan
nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan
orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita
mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa
minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme
dalam satu jam.
Di antara sebab hubungan seks antara suami-isteri yang
sangat
dihajatkan adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini
adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan.
Tanpa adanya orgasme dalam setiap hubungan seks tentu
akan menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh merosakkan
hubungan pasangan suami-isteri.
Kenyataan
menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah
atau melakukan penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan
dalam hubungan seks. Kepuasan itu ditandai dengan orgasme
atau difahami sebagai kemuncak kenikmatan.
Baik
orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu
dan
kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama.
Orgasme
yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik
dan ideal.
Hampir semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami
rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat
mengalami orgasme.
Orgasme
adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan respons
yang menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari
kepuasan fisiks dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak
kenikmatan ini ditandai dengan terjadinya pancaran mani
yang sangat kuat pada pihak lelaki.
Orgasme
pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula
Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi dengan hebatnya
seraya
memancarkan isinya ke dalam urethra yang kemudian memancutkan
sperma. Selama orgasme cecairan ini dipancarkan melalui
zakar oleh konstraksi-konstraksi berirama dari otot-otot
sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza pada
setiap individu, tetapi lazimnya antara 10-12
konstraksi. Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil
atau menurut penyelidikan moden 5cc.
Tanda
orgasme pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah
gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya.
Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama
di sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu berkerut
dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam
pada itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi
menghisap dari lubang faraj.
Mencapai
orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan.
Tugas ini ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam
proses bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu mencapai
orgasme sedangkan isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh
sebab itu keperihatinan suami di dalam menahan air mani
sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir dalam hal ini
suami akan menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi
seperti murung.
Dr. Robie dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari
buku
Percintaan Suami Isteri karangan A. Rifa'ie Ali menulis:
"Terlampau
cepat keluar air mani selain memberi malu kepada suami,
bahayanya
tiadak kurang pada isteri kerana dia telah meninggalkan
isteri itu
sebelum mendapat kepuasan yang biasa. Ada lelaki yang
beberapa kali
keluar air mani sebelum isteri cukup terbangkit keberahiannya.
Dan
yang terjadi ialah sebelum dia tercapai orgasme. Maka
tinggallah dia
dalam keadaan resah-gelisah belum kunjung puas yang akhirnya
membawa bermacam-macam penyakit antara lain lain, tidak
boleh tidur, pemarah, histeria, sakit saraf yang berkaitan
penyakit orang perempuan".
Ellis
dalam bukunya Sex in Relation to Society telah mengutip
pendapat seorang pakar sakit puan (gynaecologist) berbangsa
Austria,
dia mengatakan bahawa di dalam setiap 100 orang perempuan
yang
menderita sakit dalam rahim, daripada yang berubat kepadanya
didapati 70 orang menderita lantaran sakit rahimnyaterlalu
penuh berisi darah. Keadaan rahim yang begini menurut
pengetahuan ilmiahnya adalah hasil daripada persetubuhan
yang tidak disempurnakan.
Dari
keterangan-keterangan di atas maka benarlah sabda-sabda
Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan agar memerhatikan
keadaan isteri sewaktu diajak bersetubuh. Janganlah lekas
terburu-buru mengakhiri persetubuhan selagi isteri belum
berhasil mencapai orgasme.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
"Apabila
seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya,
maka hendaklah
ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia
mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan)
isterinya itu".
(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)
Sabda
Rasulullah s.a.w:
"Apabila
seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka hendaklah
ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai telah
selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinyamaka
janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu
hingga selesai pula hajat isteriny itu".
(Hadis
riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"
Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya
maka
janganlahia menyingkir hingga selesai hajatnya selesai
hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya".
(Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)
Dari hadis Rasulullah s.a.w. tersebut maka seharusnya
suami
berusaha agar mencapai orgasme yang ideal samaada secara
bersama-
sama, ataupun secara meruntun saling susul-menyusul sewaktu
bersetubuh. Itulah sebabnya imam Ghazali di dalam kitabnya
ihyaa'ulumiddin, menasihati suami muslim agar kalau bersetubuh
selalu memerhatikan isterinya ataupun menahan ejakulasinya
sehingga isterinya dapat mencapai orgasme.
Berapa
lamakah persetubuhan yang boleh mendatangkan kepuasan?
Banyak pendapat mengenai hal ini diketengahkan. Ada orang
lelaki yang boleh bertahan lama sewaktu persetubuhannya.
Contohnya selama 15 minit, 20 minit bahkan ada yang lebih
lama lagi tanpa ejakulasi. Tetapi yang jelas faktor faktor
seperti lama seseorang lelaki dapat mengawal reaksinya
tanpa disusuli ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita mencapai
orgasme; kehebatan nafsu seksual mereka masing-masing;
kekerapan melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor
banyak mempengaruhi tempoh lamanya sesuatu persetubuhan
boleh berpanjangan.
Biasanya
persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit. Menurut Stekel
jarang sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan persetubuhannya
lebih lama dari 5 minit. Sedang menurut Dickinson kebanyakan
lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi
selama 5-10 minit. Sedangkan wanita pula boleh mencapai
10-20 minit. Akan tetapi dengan rangsangan tangan dengan
vibrator atau dengan oral genital stimulation seseorang
wanita biasanya dapat mencapai orgasme dalam masa empat
minit.
Untuk
memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua suami-isteri
dapat mencapai kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil
langkah-langkah tertentu. Alternatif pertama ialah mereka
boleh mendapat pertolongan doktor untuk memberikan ubat-ubatan
yang diminum atau ubat pemati-rasa. Akan tetapi cara ini
ada kesan sampingan dan bersifat sementara. Kesan sampingan
adalah kemungkinan berlakunya impoten seandainya kerap
menggunakan ubat-ubatan.
Alternatif
kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi
seperti cara-cara berikut. Menahan cepatnya keluar air
mani dapat
dilakukan dengan memerhatikan langkah-langkah berikut:
1.
Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah
gerakan
turun-naik secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.
2.
Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai
masanya
air mani dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan
tentang
urusan serius sewaktu pejabat. Tegasnya isikanlah benak
dengan hal-
hal yang dapat mengalihkan pandangan dari tumpuan untuk
mengeluarkan
air-mani. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekenduran
pada batang zakar,dan apabila ini berlaku bolehlah disambung
lagi pada gerakan untuk merangsang balik zakar. Demikian
seterusnya sehinggalah isterinya mencapai orgasme. Kalau
cara ini dapat dilaksanakan pasti suami dapat bersetubuh
dalam waktu yang lama di mana isterinya beruntung kerana
dapat mencapai orgasme dan nikmat sepuas-puasnya. Sehubungan
dengan itu Stoppes berkata
"Selamanya
tak boleh dilupakan bahawa dengan tidak mendisiplinkan
fikiran dan badan sendiri tidaklah akan dikecap kenikmatan
di dalam
pengalaman nafsu berahi. Kesedapan yang penuh biarpun
hanya jasmani semata-mata cuma boleh direbut oleh orang
yang pandai memotong tujuh perjalanan nafsunya".
3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air-
mani akan melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan
menjadi keras.
Perlu
diketahui bahawa mani itu mudah keluar kalau keadaan zakar
adalah tidak cukup keras. Tetapi kalau sempurna keras
dan tegangnya, sukarlah air mani berlalu. Dengan menahan
nafas dengan sendirinya zakar yang sedang dalam keadaan
ereksi menjadi semakin tegang. Ini disebabkan oleh kerana
udara yang masuk berkumpul ke dalam dada dan perut agak
banyak. Apabila ditahan di dalam perut maka pengaruhnya
mendesak darah menuju ke zakar sehinggakan zakar akan
menjadi semakin keras dan kembung. Kekembungan inimenekan
lubang zakar tadi serapat-rapatnya sehingga Aliran tempat
lalunya air mani terhambat dan tidak
dapat keluar.
Alternatif
ketiga adalah dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh.
Dengan demikian rasa pergeseran batang zakar di dalam
liang faraj tidak begitu merangsang. Walaubagaimanapun
cara ini tidak begitu disenangi baik dari pihak suami
mahupun isteri.
Alternatif
keempat ialah melakukan latihan-latihan guna menguatkan
dan mengetatkan otot-otot pada dubur dan pada otot-otot
yang
membentang dari dubur sampai ke scrotum (kantung pelir)
lelaki.
Alternatif
kelima pula merupakan mengambil posisi duduk atau posisi
lelaki di bawah dan dan perempuan di atas. Kedua teknik
di atas
memungkin tekanan pada kelentit yang merupakan pusat rangsangan
yang dapat dikemudikan oleh pihak wanita. Cara ini merupakan
cara yang terbaik untuk wanita mencapai orgasme.
Cara-cara
di atas yang telah dibentangkan merupakan kaedah-kaedah
untuk mencapai orgasme yang ideal. Akan tetapi berjaya
atau tidaknya
mempraktikkan cara-cara ini bergantung pada individu itu
sendiri.
Yang lebih baik adalah sifat saling bantu-membantu dan
faham-
memahami. Seperti halnya seorang suami boleh bertanya
pada isterinya, apakah ia sudah mencapai orgasme atau
masih lama lagi? Seandainya masih lama. Maka suami bolehlah
mengatur pergerakannya agar zakarnya tidak begitu terangsang
yang mengakibatkancepatnya keluar air mani. Jadi sifat
terbuka suami-isteri sangat diperlukan untuk membantu
keberhasilan keduanya untuk mencapai orgasme yang ideal.
Perkara
yang patut diperhatikan oleh suami sewaktu melakukan
persetubuhan ialah jangan lekas-lekas mencabut zakarnya
setelah
ejakulasi. Perbuatan seperti ini sering diabaikan oleh
suami-suami
yang kurang mengerti seni dan erti persetubuhan dalam
perkahwinan.
Persetubuhan
dalam perkahwinan itu dimaksudkan untuk mendapat
kepuasan antara suami dan isteri. Berbeza pula dengan
persetubuhan
luar nikah atau dalam pelacuran. Di dalam persetubuhan
jenis ini
salah satu pihak menghendaki kepuasan seksual sedang di
lain pihak
menghendaki bayaran. Jadi wanita pelacur di dalam melakukan
persetubuhan sudah merasa puas walaupun belum mencapai
orgasme
asalkan dirinya telah diberi wang sebagai imbalannya.
Sedangkan
persetubuhan yang dilakukan berlandaskan atas dasar cinta-mencintai
keduanya menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan
yang saksama.
Seorang
suami yang bijaksana yang mengerti hal ini ternyata dalam
persetubuhannya dengan isterinya jika lebih dahulu cepat
keluar air
mani, maka dia boleh menangguhkan zakarnya agak lama di
dalam liang faraj. Hal ini dimaksudkan agar pihak isteri
mempunyai waktu untuk menaikkan suhu berahinya hingga
mencapai orgasme.
Cara
seperti ini memungkinkan batang zakar walaupun telah ejakulasi
akan tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada
kesempatan ini harus dimanfaatkanoleh suami untuk merangsang
isterinya hingga mencapai orgasme.
Betapa
bahagianya bila persetubuhan di mana kedua-duanya telah
mencapai orgasme dan tidak diputus atau dihentikan seketika
itu
sahaja. Tapi usahakanlah suami tetap menahan batang zakarnya
di dalam liang faraj hingga kendur dengan sendirinya.
Dalam keadaan begitu keduanya boleh saling berpelukan
dan berdakapan.
Pihak suami perlu mengetahui bahawa membiarkan zakar di
dalam liang fajar sesudah ejakulasi bukan hanya menimbulkan
rasa kasih sayang yang mendalam antara suami-isteri, malahan
mengandungi faedah yang lebih besar dari segi kesihatan
terutama bagi suami.
Perlu
diingatkan bahawa bahawa setiap kali suami melakukan hubungan
seks pasti ia akan keluar air mani. Mani itu adalah sari
tubuhnya yang mulia yang terbentuk dari sari-sari makanan
yang dimakannnya setiap hari. Jadi setiap kali ia bersetubuh,
jadi berkuranglah zat hidup yang sangat berguna bagi kesihatan
tubuhnya. Walaupun ganti boleh diperoleh dari dalam tubuhnya
ada satu zat yang
bersifat "Alkalin" yang boleh digantikan dengan
membiarkan ia di
dalam liang faraj wanita. Mani wanita penuh berisi dengan
zat ini.
Para suami yang terdedah kepada pegetahuan ini tidak akan
mahu
mencabut batang zakarnya sehabis ereksi dari liang faraj
isterinya.
Mereka akan membiarkan saja batang zakarnya untuk beberapa
lama
sehinggga ia kendur dan keluar dengan sendirinya. Tindakan
ini bagus
dan bermanfaat untuk memelihara kondisi badan dan kesihatannya.
Ini oleh kerana kulit zakar yang tipis itu akan mudah
menyerap zat-zat
yang sangat berharga dari badan isterinya, terutama zat
alkali.
Sehingga habis bersetubuh badannya bukan semakin mundur,
sebaliknya semakin sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat
dan yang lebih penting lagi wajahnya bertambah tampan
jauh lebih muda kelihatan dari umurnya yang sebenarnya.
Selain
itu Stopes ada menyatakan pendapatnya bahawa di dalam
zat-zat yang sama dihisap oleh tubuh kedua pihak dari
sari-sari badan
pasangan masing-masing, terdapat kuman-kuman hidup yang
oleh Prof. Ernest Starling bernama hormon. Pada masa akhir-akhir
ini telah
diketahui bahawa hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan
pengaruh yang kuat dalam penentuan sifat dan corak perasaan-perasaan
manusia serta tabiatnya. Kesempatan untuk saling bertukaran
kuman hormon yang berlangsung dalam perbincangan di atas
dianggap akan boleh mengumpulkan sudut-sudut runcing dari
budi pekerti kedua suami-isteri. Sehingga jalan pemikiran
dan gerak semangat mereka berdua menjadi serasi. Keserasian
inilah yang membuat suami-isteri awet muda.
Begitulah
persetubuhan yang sempurna, yang dapat mencapai kemuncak
kenikmatan atau orgasme yang ideal serta memberi pengaruh
yang baik di dalam jasmani dan rohani individu. Jasmaninya
sihat, rohaninya sihat yang akhirnya membuahkan rasa tanggungjawab
dan kasih sayang di antara satu sama lain.
|