|
PRIAPISM
(MAPUH KERAH)
Priapism
(atau mapuh kerah dalam loghat Kelantan) ialah satu tindak
balas fisiologi ke atas zakar akibat ubat atau racun.
Ia boleh juga terjadi akibat penyakit pendarahan seperti
kanser darah (leukimia). Tindak balas spontan ini akan
enyebabkan zakar menjadi kejang (menegang dan mengeras)
buat satu masa yang lama (beberapa jam sehingga beberapa
hari). Kekejangan ini bukan akibat rangsangan seksual
dan ia menyakitkan. Jika tidak diberi rawatan dengan segera
kemungkinan pesakit akan mengalami akibat yang buruk kepada
zakar antaranya mati pucuk.
Apa
yang berlaku ialah darah dengan banyak mengalir ke dalam
zakar menyebabkan zakar mengeras pada tahap maksima. Darah
itu kemudiannya tersekat daripada mengalir keluar sehingga
menyebabkan darah itu menjadi asid. Akibatnya tiada tempat
bagi oksijen dan tanpa oksijen sel darah merah menjadi
keras dan beku. Apabila darah tidak berupaya keluar sebab
pintu-pintu pembuluh darah sudah tersekat, kekejangan
pada zakar atau priapism terjadi.
Dalam
kategori perubatan (drug), terdapat dua sebab terjadinya
priapism. Pertama ialah kesan injeksi ubat seperti prostaglandin
atau muse ke dalam zakar yang
digunakan pesakit mati pucuk. Bagaimanapun perkara ini
hanya akan berlaku jika dengan sebab tertentu seseorang
pesakit itu membuat keputusannya sendiri
untuk menambahkan dos pada rawatan tersebut. Kedua ialah
kesan alahan ubat yang diberi kepada pesakit psikiatri,
seperti ubat anti-depressan (prozac).
Tiada
cara mudah atau rawatan secara tepat yang boleh digunakan
untuk merawat penyakit ini. Sebaiknya jika perkara ini
berlaku hendaklah membawa pesakit ke
hospital dengan segera. Dalam banyak kes, rawatannya ialah
dengan segera mengeluarkan darah dengan menyucuk jarum
pada tepi batang zakar. Ubat bagi mengecutkan saluran
darah boleh juga disuntik ke dalam zakar untuk
mengurangkan kepadatan darah dalam zakar. Pesakit anemia
sell-sabit yang mendapat priapism biasanya akan dirawat
dengan kaedah transfusi darah.
Menariknya,
kondisi ini dinamai daripada nama dewa Priapus, dewa kesuburan
Greek dan dewa seksualiti kelakian Rom Purba.
kisah
benar mengenai Priapism:
Dalam tahun 1758 seorang doktor bernama Chauvel dipanggil
ke satu pekan kecil, Caderousse (Peranchis), untuk merawat
seorang lelaki yang mengalami penyakit
mapuh kerah ini (priapism). Di rumah lelaki tersebut,
doktor itu menemui isteri mangsa yang mengadu bahawa suaminya
telah naik sawan seks. Wanita itu juga
menceritakan bagaimana suaminya telah menyetubuhinya sebanyak
40 kali dalam satu malam dan zakarnya masih tidak layu.
Wanita itu kemudiannya menunjukkan zakar suaminya kepada
doktor tersebut dengan harapan dia dapat meredakan ketegangan
(zakar) suaminya. Masalah lelaki itu sebenarnya berpunca
dari satu ubat cecair yang diberi oleh seorang wanita
untuk mengubati penyakit demam panas yang dihidapinya.
Wanita ini menjalankan satu klinik khas untuk mengubati
penyakit-penyakit ringan dan ubat itu mungkin diberi secara
tidak sengaja. Setelah meminum ubat tersebut, lelaki itu
naik sawan sehingga orang ramai terpaksa
menangkap dan mengikatnya. Bomoh kampung pun ada datang
untuk merawatnya tetapi lelaki itu merayu dan meminta
agar dia dibiarkan mati dalam keseronokkan.
Akhirnya setelah Dr. Chauvel sendiri sudah habis ikhtiar,
dia menyuruh beberapa orang wanita menyelimutinya dengan
kain yang dibasahi air dan cuka dan membiarnya sehingga
keesokannya. Keesokannya apabila mereka datang untuk memeriksanya,
dijumpainya dalam keadaan senyap, seolah-olah dia sudah
sembuh. Setelah diperiksa dia sebenarnya sudah menjadi
mayat dan di dalam mulutnya dijumpai zakarnya yang sudah
layu.
© Ibnu Zakaria 1999
|