1. Sila dapatkan gambir kudat atau gambir sarawak (boleh
dibeli) dengan sedikit air dan kemudian menyapunya di
bahagian kepala zakar sahaja. Usah disapu terlalu banyak
kerana ini mengakibatkan zakar terus tegang tanpa
memancutkan mani dalam masa yang amat panjang. Sapukan
kira-kira 20 minit sebelum jima'.
2. Sediakan 10 butir biji kapas dan satu sudu minyak
jarak. Tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama
minyak jarak hingga sebati. Sapukan minyak ini pada
zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan 5 hingga 8 minit
sebelum jima'.
3. Ambil sedikit kacang lulai hitam (biasanya dijual
di kedai jamu atau ubat Cina) dan tumbuk hingga lumat.
Campurkan dengan sedikit air hingga sebati dan sapukan
sedikit pada zakar dengan mengurut perlahan-lahan 5
hingga 8 minit sebelum jima'.
4. Ambil hampedu kambing atau ayam jantan yang baru
disembelih. Pecahkan dan lumurkan pada zakar hingga
rata lebih kurang 2 hingga 5 minit sebelum jima'.
5. Ambil darah kelawar, gosok pada kedua tapak kaki
hingga kering darah itu. Basuhlah hingga bersih. Kemudian
Boleh jima'.
6. Ambil kuning telur, bubuh sebuku bawang merah, sebuku
bawang putih, campur sedikit air. Jerangkan sehingga
mendidih. Makan di waktu Asar sebelum
makan petang.
7. Ambil hempedu ayam jantan. Gosokkan disekitar lubang
zakar serta sekelilingnya kira-kira 5 minit sebelum
jima'.
8. Ambil bawang merah secawan, sebiji kuning telur,
hancurkan bawang merah, kacau dan minum 3 pagi berturut-turut.
Petua ini akan dapat menolong memekatkan air mani, dengan
pekatnya air mani maka akan lebih lewat ia keluar.
9. Ambil limau purut dan lada sulah, pipis halus. Makan
semasa mahu berjima'.
10. Makan hati kambing yang di 'kasi', ia dikatakan
boleh menahan mani.
>>kembali