|
SEKS
DALAM PERKAHWINAN.
"Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu
bercucuk tanam,
maka kerjakan tanah tempat bercucuk tanam itu bagaimana
saja kamu
kehendaki. Dan lakukan (amal yang baik) untuk dirimu,
dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kelak
kamu akan menemuiNya. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang beriman".
(Al
Quran, Surah Al Baqarah Ayat 223)
Pentingnya
seks dalam perkahwinan adalah digambarkan saperti maksud
surah diatas. Dan juga membawa kepada beberapa akibat
buruk jika tidak dipenuhi. Terjadinya kes-kes penceraian
kebanyakan disebabkan kurang berperanannya seks dalam
rumahtangga.
Jadi
tegasnya seks mempunyai peranan penting dalam perkahwinan,
baik untuk menyalurkan libido seksual manusia ataupun
untuk mendapat keturunan. Oleh sebab itu kalau kehidupan
seks tidak dihormati dan diperhatikan dalam perkahwinan
maka perkahwinan itu kehilangan dasar ghairah.
Dari
sudut seks, perkahwinan merupakan suatu bentuk tanggungjawab
manusia terhadap akibat-akibat nafsu berahi. Perkahwinan
pada dasarnya adalah suatu bentuk aktiviti seks yang bertanggungjawab
serta halal kerana dalam perkahwinan telah ditetapkan
ketentuan-ketentuan yang harus dipatuhi oleh suami isteri,
terutamanya dalam bidang seksual yang memang merupakan
hajat utama dalam perkahwinan.
Ternyata,
ramai orang yang kurang menyedari tentang hal ini, baik
dari pihak suami atau isteri, bahkan kadang-kadang kedua-duanya.
Yang lebih teruk kalau kesedaran itu tidak wujud dari
salah satu pihak.
Yang
satu mengkehendaki agar kehidupan seksnya dapat dipenuhi
sepuas-puasnya, sedang yang satu lagi kurang menyedari
keperluan lawannya. Sehingga terjadilah penyelewengan
seksual. Bila keadaan sudah demikian, tidak mungkin suami
isteri dapat membina rumahtangga dengan baik dan harmonis.
Juga
terdapat kehidupan suami isteri di mana kedua-duanya sedar
dan faham akan erti seks dalam perkahwinan. Akan tetapi
dari salah satu pihak kadang-kadang terlalu ego, mementingkan
kepuasan sendiri tanpa mempedulikan keperluan lainnya.
Biasanya hal demikian ini selalu dilakukan oleh pihak
suami.
Cinta
seseorang lelaki itu ingin selalu memonopoli. Kerana seks
itu
adalah bahagian utama dari percintaan, maka monopoli di
bidang seks
tetapi menjadi hajat suami. Akhirnya lalai memikirkan
keperluan seks
isterinya, suami bertindak menurut kemahuannya sendiri
untuk
memperoleh kepuasan.
Isteri
hanya mahu menanti dan bahkan tidak pernah diberi peluang
untuk mencapai kepuasan. Tentu terjadi gejolak, bila menimpa
isteri
yang kebetulan agak lemah imannya, mungkin akan melakukan
perbuatan tidak bermoral seperti melakukan perzinaan dengan
lelaki lain yang sanggup memberi kepuasan seks kepadanya.
Atau si isteri tunjukkan rasa sakit hatinya itu dengan
suka marah-marah, mudah tersinggung, sakit-sakitan dan
sebagainya.
Apa
yang dikemukan agar mendapat perhatian para suami, betapa
pentingnya peranan seks dalam perkahwinan. Betapa pun
kuatnya rasa
cinta tapi kalau sifat egoisme ini tetap tidak bisa dihilangkan
tentu
akan membawa kesuraman dalam perkahwinan. Jadi harus ada
keseimbangan dari suami isteri di mana mereka secara bersama
bertanggungjawab memberi kepuasan.
Firman
Allah Taala yang bererti:
"Mereka
itu (isteri) adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah
pakaian bagi mereka".
(Al
Quran,Surah Al-Baqarah Ayat 187)
Dari
ayat itu memberi penjelasan bahawa suami dan isteri mempunyai
tanggungjawab yang sama dan seimbang di dalam bidang seks.
Kalau
suami mahu kepuasan seks, begitu juga isteri tentu mempunyai
keinginan yang sama.
Sebagaimana dalam surah Al-Baqarah, ayat 223, maka isteri
diumpamakan sebagai kebun tempat bertanam. Lazimnya petani
tentu
tidak mahu menggarap kebunnya dengan membuta tuli. Tentu
dirawat dan dipeliharanya dengan baik agar hasilnya memuaskan.
Begitu
juga seorang isteri ia pun wajib diperhatikan. Keperluannya
harus dipenuhi menurut kemampuan termasuk dalam masalah
seks.
Sehingga di dalam permainan seks isteri tidak tergolek
(sendirian),
di tempat pembaringan dengan sinar matanya yang sayu kerana
memendam kekecewaan. Sedang di pihak suami dengan kesedapan
telah tidur berdengkur di samping isterinya kerana hajat
seksualnya telah dipenuhi sepuas-puasnya.
Andaikata
isteri yang mengabaikan tuntutan suaminya dalam masalah
seks, tentu si suami di mana setiap harinya bekerja kuat
menanggung
keluarga, pastilah mengharapkan layanan yang istimewa
dalam erti
tidak dikecewakan. Dorongan seks yang datangnya tiba-tiba
memerlukan layanan isteri. Ia harus pandai menghiaskan
dirinya sehingga suaminya tidak merasa bosan. Apatah lagi
pada malam hari di mana waktu malam adalah waktu yang
paling baik untuk melakukan hubungan seks.
Sekiranya
hal-hal seperti ini diabaikan, tidak aneh jika suami selalu
beralih pandangan kepada wanita lain untuk menyalurkan
keperluan
seksnya. Apalagi kalau kebetulan suami itu kurang kuat
dalam memegang hukum agama, mungkin melakukan zina.
Sebuah
hadis menyatakan:
"Jabir
berkata: "Kami bersama-sama dengan Nabi Muhammad
s.a.w. dalam suatu peperangan. Ketika kami kembali ke
Madinah, kami hendak masuk (ke rumah-rumah kami). Maka
beliau bersabda: "Sabarlah, sampai masuk malam, agar
isteri berhias dari kusut masai dan berdandan (berhias)
perempuan yang (lama) dtinggalkan oleh suaminya."
(Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari
hadis di atas memberi pengajaran iaitu:
a)
Ketika pulang dari berpergian yang lama pada waktu malam,
janganlah tergesa-gesa masuk ke dalam rumah. Larangan
ini dapat
dimaklumi kerana pada waktu malam boleh menimbulkan kecurigaan.
Atau juga untuk menghindarkan kecurigaan dari suami bila
menemui hal-hal yang di luar kebiasaan perilaku isterinya
sehari-hari.
b)
Berilah kesempatan kepada isteri agar berhias diri sewaktu
menyambut kedatangan suaminya. Ini bererti suatu perintah
agar para isteri itu supaya bersiap sedia menerima hajat
suami dalam keadaan memuaskan dipandang mata, iaitu dengan
berhias diri. Perpisahan yang agak lama antara suami isteri
membuatkan kerinduan keduanya terutama bagi suami. Agar
supaya kerinduan itu dapat terubat maka sudah seharusnya
isteri berdandan untuk menarik perhatian suaminya melampiaskan
kerinduan seksnya.
Jelaslah
Islam membimbing umatnya antara lain agar suami dan isteri
memberikan layanan yang baik dalam bidang seksual. Sebab
betapa pun banyak tujuan-tujuan yang baik dan murni orang
melaksanakan
perkahwinan, akan tetapi tujuan seksuallah yang sangat
menonjol. Oleh kerana itu peranan seks dalam perkahwinan
janganlah diabaikan.
Suami
isteri wajib menjunjung tinggi peranan seks dalam perkahwinan,
kalau keduanya tidak ingin perkahwinannya mengalami kegagalan.
Saling memberikan kepuasan dalam bidang seksual antara
suami dan isteri adalah langkah yang baik.
|