Seks Selamat .


Perhubungan seks hanya dalam konteks perkahwinan.

1 Menggunakan kaedah perancang keluarga jika belum bersedia untuk
kehamilan.
2 Pasangan mesti mendapatkan rawatan awal dan lengkap jika ada
jangkitan kelamin.
3 Elakkan hubungan seks berisiko.

Tingkahlaku seks berisiko adalah :

1 Memulakan aktiviti seks pada usia yang awal.
2 Hubungan seks dengan berbilang pasangan.
3 Hubungan seks rambang (casual sex).
4 Memperdagangkan seks atau pelacuran (commercial sex).
5 Pasangan yang membuat hubungan dengan berbilang pasangan seks.
6 Hubungan seks luar nikah.

JANGKITAN KELAMIN

Jenis-jenis jangkitan kelamin

1 Chlamydia
2 Trichomoniasis
3 Siflis
4 Gonorrhoes
5 HIV (Human Immunideficiency Virus)
6 HPV (Human Papilloma Virus)
7 Hepatitis B
8 Herpes
9 Implikasi kesihatan

Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem peranakan dan seterusnya menyebabkan kemandulan.
Penyakit AIDS adalah akibat daripada jangkitan HIV.
Jangkitan STI yang lain seperti sifilis meningkatkan kemungkinan
transmisi HIV / AIDS.

Kesan kepada janin

1 Kematian dalam kandungan.
2 Kelahiran tidak cukup bulan.
3 Perkembangan janin yang tidak normal.
4 Jangkitan kelamin boleh menjangkiti janin dan menyebabkan penyakit apabila bayi itu dilahirkan.
5 Pencegahan

Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan reproduktif.
Mengamalkan seks selamat.

PENDERAAN SEKS

1 Perhubungan seks tanpa persetujuan.
2 Hubungan seks dengan kanak-kanak / remaja dibawah umur 18 tahun (walaupun dengan persetujuan mereka).
3 Selalunya berkaitan dengan keganasan.
4 Peristiwa yang traumatik dan memberi kesan mendalam kepada mangsa dan keluarga.

Mangsa mungkin mengalami :
- masalah seksual
- mengamalkan tingkahlaku seks berisiko
- mengalami tekanan emosi

Langkah pencegahan

1 Keluarga adalah bertanggungjawab melindungi ahli-ahlinya dari semua jenis penderaan seks.
2 Pendidikan seks mengikut tahap umur.
3 Mengetahui batas-batas perhubungan.
4 Menerapkan nilai-nilai murni dalam perilaku seks.
5 Mendapatkan rawatan awal.

Copyright © Reserved , Minyak Lintah ® Moderator