|
Kekalkan
stamina & prestasi sex melalui senaman!!!
Sila
ikuti senaman ini :
 |
1.
Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang,
Letakkan tangan di lutut dan biarkan bahu terbuka
luas. Tarik nafas sedalam-dalamnya hingga terasa
udara penuh didalam paru-paru. Biarkan udara di
dalam paru-paru selama 7 saat. Kemudian hembuskan
nafas secara perlahan-lahan. Semasa menghembuskan
nafas perut mestilah di kempiskan dan tumpukan tenaga
ke bahagian dada dan tundukkan sedikit kepala. Ulangi
gerakan ini sebanyak 3 kali. Gerakan ini baik untuk
dilakukan pada waktu subuh selepas bangun dari tidur.
Ini dapat mengeluarkan udara kotor yang terperangkap
ketika tidur. Ia memasukkan udara bersih dan segar
bagi menyihatkan paru-paru serta urat saraf. Ia
juga dapat menambahkan kekuatan otot belakang.
|
2.
Duduk dengan keadaan tumit tapak kaki bertemu dan
hampir dengan zakar. Tarik nafas perlahan-lahan hingga
terasa penuh udara di paru-paru. Semasa menarik nafas
tekankan lutut dengan kedua tangan hingga lutut mencecah
lantai. Buat setakat termampu. Luruskan lengan. Kemutkan
bahagian otot zakar dan tahan nafas untuk 7 saat.
Hembus nafas dengan perlahan dan ulangi gerakan ini
selama 3 kali. Gerakan ini dapat menambahkan kekuatan
urat paha sert a menguatkan dada selain membesarkan
zakar.
|
|
 |
:
3.
Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan.
Keuda tangan memegang ibu jari kaki kiri dan kanan.
Rapatkan lutut ke lantai. Tarik nafas perlahan dan
dalam sambil menarik ibu jari kaki dekat dengan
kemaluan. Semasa menarik ibu jari tengan akan ditumpukan
kebahagian otot belakang. Lepaskan nafas sambil
meletakkan kaki ke posisi asal seperti sebelumnya.
Lakukan gerakan ini sebanyak 3 kali. Gerakkan ini
dapat membantu menguatkan bahagian lutut, otot kaki,
tulang belakang dan pinggang.
|
4.
Dalam keadaan duduk, tarik kedua jari kaki supaya
tumit terbuka ke arah depan, tapi belakang tumit ditemukan.
Tarik nafas dengan dalam tapi perlahan. Selepas itu
rebahkan badan perlahan-lahan tapi tangan masih memegang
ibu jari kaki. Sentuh kepala ke lantai sekadar yang
mampu. Balik ke posisi asal dan hembuskan nafas. Gerakan
ini menyeimbangkan paha, belakang, pinggang dan boleh
mengubati masalah lemah tenaga batin.
|
|
 |
5.
Duduk bersila dengan belakang anda di tegakkan.
Tarik nafas dan depangkan tangan kanan separuh bahu
ke kanan dengan perlahan. Gerakan tangan itu separas
dengan bahu dengan menarik nafas secara perlahan.
Gerakan tangan itu ke arah kiri pula. Anda akan
merasa otot dada akan menghalang gerakan ini. Lakukannya
sebanyak 3 kali.
|
|