|
ADA
YANG BOLEH SHOOT DAN ADA YANG BOLEH DRIBBLE
Pernyataan
di atas sebenarnya adalah satu konotasi yang mempunyai
dua makna. Perkataan shoot dan dribble itu biasanya digunakan
dalam permainan bolasepak.
Shoot bermakna menendang atau merejam bola ke gagang gol
dan dribble sebagai menggelecek bola. Tetapi dalam konteks
yang kita bincangkan di sini, shoot bermakna zakar yang
berupaya memancarkan mani dengan satu pancutan deras,
sementara dribble bererti keluar dalam keadaan meleleh.
Soalannya
- kenapa ada orang boleh memancutkan maninya sedangkan
yang lain hanya keluar meleleh saja. Apakah ada kelebihan
atau fungsi tertentu jika kita dapat memancarkan mani
dengan satu pancutan yang deras?
Keupayaan
seorang lelaki untuk memancarkan mani dengan satu pancutan
yang deras sememangnya memberi gambaran bahawa zakarnya
masih gagah dan mampan. Pernyataan ini ada benarnya dan
ada tidaknya. Kekuatan pancutan
daripada mani yang terpancar itu memang ada kaitan dengan
ketegangan zakar seseorang itu tetapi banyaknya kandungan
mani itu yang menentukan pancaran itu deras atau tidak.
Ini biasanya berlaku jika seseorang itu telah lama tidak
melakukan aktiviti seks dan mani tersimpan dengan banyaknya
di dalam kantung mani sehingga ia penuh. Akhirnya setelah
sekian lama menunggu, semestinya ia terpancar dengan deras
dan banyak sekali. Begitu pula sebalik jika seseorang
itu secara kerap melakukan seks sehingga kantung maninya
belum sempat diisi semula dengan memadai, maka sudah pasti
ia akan keluar meleleh disebabkan kuantitinya
yang sedikit.
Logiknya,
bolehlah kita umpamakannya dengan belon yang diisi penuh
dengan air, jika ditebuk belon itu dengan jarum, sudah
pasti air akan terpancut keluar dengan
deras. Manakala belon yang berisi sedikit air, hanya akan
melelehkan setakat mana air yang terdapat dalam belon
tersebut. Faktor umur banyak mempengaruhi deras
atau tidaknya pancaran mani seseorang, lebih berusia seseorang
itu maka kuranglah pancarannya. Selain kekerasan zakar,
faktor baka (genetik) juga berperanan. Ada orang boleh
menembak sejauh 3 kaki atau lebih, tetapi secara purata
cuma 7-10 inci. Jika seseorang itu berupaya memancarkan
maninya 2-3 jam selepas pancaran yang pertama, mani tersebut
hanya keluar meleleh (dribbles out).
Kandungan
Mani
Banyaknya
kandungan mani yang keluar daripada setiap pancaran juga
berbeza antara setiap orang. Secara purata ia sebanyak
0.2 - 6.6 ml. Biasanya 3.5 ml.,
itu pun jika seseorang itu dapat mengawal dirinya agar
tidak mengeluarkan maninya dalam masa beberapa hari. Rekod
paling banyak kuantiti mani yang terpancar dalam satu
sesi seks ialah 13 ml. Rekod ini tercatit dalam buku The
Man's Body. Kira-kira 60% daripada kandungan mani (secara
purata) datangnya dari satu kelenjar yang diberi nama
vesikel seminal, sementara 38% lagi daripada kelenjar
prostat, dan selebihnya dari kelenjar cowper. Bau busuk
dan hanyir mani itu
datangnya dari kelenjar prostat.
Kekerapan
Pancaran
Menurut
kebanyakan kajian yang dibuat, seorang lelaki boleh memancarkan
mani sekali setiap hari, dan ada ketikanya lebih dari
sekali dalam sehari. Berdasarkan
umur, kekerapan ini akan berkurangan kepada 2-3 kali seminggu.
Perkara ini adalah biasa bagi lelaki yang berumur 40 tahun
ke atas. Tetapi masih ada perbedaan dari segi kekerapan
di antara jenis-jenis lelaki dalam lingkungan umur tertentu.
Biasanya
selepas terpancarnya mani, seseorang lelaki tidak ingin
menyambung semula aktiviti seksnya. Pada waktu ini tahap
testosteron dalam darah turun ke tahap terendah, menyebabkan
keinginan seks berkurang. Secara fizikal, dalam tempoh
10 minit sehingga sejam bagi sesetengah lelaki, zakar
mereka tidak akan cenderong lagi untuk bangun. Masa ini
dinamakan sebagai waktu rehat atau refractory period.
Dalam sesetengah keadaan, ada lelaki yang boleh mencapai
orgasma tanpa pancutan mani. Bermakna dia tidak mempunyai
apa yang
disebut sebagai refractory period dan dia boleh menyambung
semula sesi seksnya tanpa zakarnya mengecut atau merasa
letih. Bagaimanapun perkara ini jarang
berlaku kecuali oleh mereka yang dapat menguasai ilmu
merangkap mani sepertimana yang dipelajari di dalam ilmu
seksologi Toaist.
Bagaimanapun
terdapat juga mereka yang boleh memancarkan maninya berserta
dengan orgasma lebih dari sekali dalam satu sesi seks.
Perkara ini jarang
berlaku. Ia dikenali sebagai multi-orgasm dan orang yang
berupaya melakukan seks berulangkali dalam satu sesi ini
digelar multi-orgasmic man. Bagaimanapun
biasanya selepas 4 atau 5 kali mencapai orgasma, zakar
orang ini tidak akan mengeluarkan mani lagi, sebab kelenjar
seksnya sudah kosong. Antara orang yang
pernah disebut boleh melakukan perkara ini ialah pelakon
Hollywood terkenal Warren Beatty. Dia dikatakan seorang
yang handal dalam permainan
pedang/zakar (great swordsmanship) selain boleh mencapai
orgasma sebanyak 4 kali. Hugh Hefner, pengasas dan pemilik
majalah dan kelab seks terkemuka,
Playboy, seorang lagi selebriti yang dikatakan boleh melakukan
hubungan seks dengan 4 orang bunny dalam satu malam. Seorang
lagi yang lebih ternama ialah
Giacomo Casanova (1725 - 1798), seorang penulis dan pengembara
seks Itali. Terkenal dengan nama "Monsieur Sixfois"
atau Mr. Six-times, Casanova dikatakan boleh mencapai
6 kali orgasma dalam satu sesi seks.
Satu
lagi keanehan yang pernah laporkan baru-baru ini ialah
daripada satu kajian yang dilakukan di Rutgers University,
Amerika Syarikat. Menurut kajian tersebut,
seorang lelaki berumur 35 tahun, Richard Brent telah berupaya
mencapai 6 kali orgasma dalam masa 36 minit. Bagaimanapun,
rekod yang pernah dicatat oleh The
Kinsey Report ialah daripada seorang Negro berumur 39
tahun yang boleh mencapai orgasma sebanyak 9 kali.
©
Ibnu Zakaria 1999
|