|
PROSES
TEGANG MALAM
Seorang
lelaki yang normal biasanya akan mendapati zakarnya mengeras
pada waktu pagi ketika dia jaga dari tidur. Jika ini tidak
berlaku pada dirinya (atau tidak lagi berlaku seperti
masa-masa lalu), maka ada sesuatu yang tidak kena kepada
kesihatan seksualnya atau zakarnya kurang aktif.
Proses
zakar bangun pagi ini sebenarnya menunjukkan bahawa zakar
anda telah mendapat di antara 5 - 7 kali ketegangan (purata)
ketika anda tidur, walaupun anda tidak menyedarinya. Setiap
ketegangan mengambil masa di antara 10 - 15 minit. Proses
ini menolong zakar mengembang atau mengekalkan saiz dan
kapasiti corpora cavernosa dan corpus spongosium. Prinsip
yang sama ini adalah sebab mengapa seorang lelaki yang
aktif kehidupan seksnya boleh mendapat zakar dengan ketengangan
yang lebih besar. Ini berbeza dengan seorang yang sama
ada terlalu kurang atau terlalu kerap aktiviti seksnya.
Kajian
mendapati sewaktu kita tidur, hormon testosteron dalam
sistem darah meningkat. Kebanyakan lelaki mempunyai tahap
pusingan harian testosteron yang memuncak ini di antara
pukul 4 dan 6 pagi. Ketika tahap testosteron paling tinggi
inilah zakar mengeras. Satu lagi teori mengatakan perkara
ini terjadi kerana pada ketika ini zakar memperbaharui
dan bernafas semula dengan oksijen secukupnya. Proses
ini adalah normal. Malah seseorang yang
tidak mendapati proses ini berlaku kemungkinan besar dia
mengidap lemah tenaga batin atau mati pucuk.
Bagaimanapun, aktif dalam kehidupan seks sahaja tidak
dapat memberikan seseorang itu proses tegang malam yang
sempurna. Ia juga perlu juga sihat dari sudut fizikal
yang lain, seperti cukup senaman, makan makanan yang berzat,
sihat akal dan minda dan juga cukup masa untuk rehat dan
tidur. Bagi seorang lelaki yang tidak mendapat cukup keperluan
itu semua, dia tidak mungkin mendapat proses tegang malam
yang sempurna. Zakarnya juga tidak akan menegang dengan
sebesar atau sekerasnya apabila diperlukan.
Namun
demikian, tidak semua lelaki pasti jika zakarnya benar-benar
telah melalui proses tegang malam yang biasa itu. Kadangkala
atau kerapnya seorang lelaki yang sudah berusia 40 tahun
ke atas tidak lagi mendapati zakarnya mengeras apabila
ia jaga pada waktu pagi. Bagaimanapun pada waktu malam
sedang ia nyenyak tidur proses ini sebenarnya berlaku
tanpa ia sedari. Satu cara yang biasanya dilakukan untuk
mengenalpasti proses tegang malam ini benar berlaku ialah
dengan kaedah melekatkan setem.
Caranya: dapatkan sekeping setem atau lebih (bergantung
kepada saiz zakar anda ketika lembik) yang belum digunakan.
Sebelum tidur, gulungkan setem tersebut di sekeliling
zakar anda dan lekatkan hujungnya supaya ia kemas. Jangan
poskan zakar anda tetapi tunggu hingga esok pagi dan lihat.
Jika setem itu koyak maknanya zakar anda telah melalui
proses tegang malam sekurang-kurang sekali pada malam
tersebut. Jika tidak, anda bolehlah poskan zakar anda
(poslaju).
Kemuncak
kepada proses tegang malam ini ialah apa yang biasa disebut
overflow atau penglimpahan (air mani). Apabila kandungan
mani sudah terlalu penuh di dalam kantung mani, proses
penglimpahan ini akan berlaku, iaitu air mani akan terpancar
dengan sendirinya ketika seorang itu sedang nyenyak tidur.
Proses penglimpahan ini juga biasanya diiringi dengan
mimpi seks atau mimpi basah (wet dreams). Hal ini biasa
berlaku kepada remaja lelaki seiring
dengan proses akil baligh. Mimpi seks adalah normal dan
ia kerap berlaku ketika remaja dan menjadi berkurang apabila
seseorang lelaki itu mempunyai aktiviti seks, seperti
berkahwin (bersetubuh dengan pasangan) dan melancap.
|