Tekanan
boleh bantutkan ereksi
SAYA berusia 34 tahun dan sudah lima tahun mendirikan
rumah tangga. Kini saya mempunyai tiga anak.
Apa yang membimbangkan, saya kini tidak dapat mengawal
ereksi. Anehnya masalah ini hanya berlaku baru-baru
ini. Tiga minggu sebelumnya ia masih berfungsi seperti
biasa. Adakah ia petanda masalah mati pucuk?
Untuk pengetahuan
doktor, saya ada mengambil ubat batuk, selesema dan
antibiotik selama dua minggu. Ini termasuk ubat tahan
gatal akibat sakit mata. Adakah masalah ini berlaku
kerana pengambilan ubat berkenaan?
ZUL,
Pengkalan Balak, Melaka
MATI pucuk
atau disfungsi erektil ialah kegagalan lelaki untuk
mencapai ereksi yang mencukupi bagi tujuan persetubuhan.
Ia jarang berlaku secara tiba-tiba kecuali disebabkan
tekanan atau akibat pengambilan ubat yang mengganggu
aliran darah ke zakar apabila rangsangan seksual berlaku.
Bagi lelaki
yang mengalami tekanan, dia tidak dapat memberi tumpuan
ketika melakukan persetubuhan. Jadi, ‘mood’ dan keinginan
sebenarnya memainkan peranan penting. Jika tidak, ereksi
akan gagal dan jika dia berasa cemas, kemungkinan kemampuan
untuk ereksi terus terganggu.
Ubat untuk
mengawal alahan atau selesema (antihistamine) memang
boleh memberi kesan tidak elok kepada ereksi. Tindak
balas daripada ubat terbabit boleh mengakibatkan aliran
darah ke dalam zakar terganggu ketika rangsangan seksual
berlaku.
Anda tidak
perlu cemas tidak ereksi gagal ketika pengambilan ubat
berkenaan. Apabila kesannya sudah habis, ereksi akan
kembali normal.
Jika masih
lagi gagal, besar kemungkinan adalah disebabkan tekanan.
Ia juga boleh membantutkan ereksi dengan penghasilan
‘adrenalin’ daripada pundi adrenal yang terletak di
atas buah pinggang.
Efek kimia
ini boleh merencatkan kelancaran darah ketika ereksi.
Namun apabila tekanan itu dapat diatasi, ereksi akan
kembali normal.