|
Tubuh
Lelaki Yang Menggairahkan
Bukan
sahaja lelaki tertarik pada tubuh badan wanita, wanita
juga tertarik pada tubuh badan lelaki. Sebagai isteri,
tubuh badan suami juga dapat menarik perhatian dan membangkitkan
rasa ghairah, dan ini berguna bagi memberi kepuasan dan
kebahagian suami isteri. Menurut Imbang Jaya (1950) dalam
buku Syurga Beristeri, bahagian-bahagian tubuh itu ialah:
1. Pinggul
Pinggul suami yang pada berisi serta kukuh dianggap amat
menarik. Ia melambangkan kukuhnya kukuhnya urat-urat yang
berada dalam pinggul itu dan ini membawa erti kekuatan
yang bakal membawa wanita ke alam kepuasan.
2. Bahu dan Dada
Dada yang bidang membusung serta bahu yang sederhana adalah
lambang keberahian bagi wanita kerana dada dan bahu itu
bakal bergeseran dengan tubuh, dada dan payudara wanita.
3. Pinggang
Ada wanita yang berahi dan gemarkan lelaki yang berpinggang
besar, dan ada pula yang gemarkan lelaki berpinggang kecil.
Wanita yang gemarkan suami berpinggang besar menimbangkan
perihal keempukan gerak goyang pinggang itu ketika jimak.
Malah ada yang suka jika suaminya berperut buncit kerana
memikirkan bahawa perut yang penuh lemak dan daging yang
empuk itu bakal menyejukkan perasaannya tatkala perut
suaminya bertemu perutnya. Wanita yang sukakan suami yang
berpinggang ramping berpendapat bahawa pinggang tersebut
mudah bergerak dan menggoyang.
4. Hidung
Pada sebahagian wanita, lelaki yang berhidung mancung
lebih menarik hatinya kerana pada pipi wanita terdapat
bahagian yang menghendaki hidung dibenamkan padanya, memberi
ciuman yang dasyat dan memuaskan wanita. Walaupun begitu,
ada juga wanita yang yang tidak suka kepada suami yang
berhidung mancung.
5. Lidah
Wanita lebih gemar lelaki yang berlidah lonjong panjang
kerana ia mampu menerokai langit-langit wanita, mengawal
seluruh isi mulut dan ini bakal membangkitkan nafsu yang
sangat hebat pada wanita.
6. Bibir
Lelaki yang nipis bibirnya disukai oleh wanita kerana
bibir yang nipis membawa rasa yang lembut nyaman, punca
kesedapan bagi wanita.
7. Zakar
Secara umumnya zakar terbahagi kepada 2 jenis. Yang besat
tetapi pendek dan yang sederhana tetapi panjang. Zakar
yang besar dan sekaligus panjang jarang ditemui, walaupun
inilah yang diharapkan oleh sebahagian wanita. Dikatakan
biasanya zakar yang besar dan pendek itu lemah dan yang
kecil tetapi panjang itu kuat. Namun kuat atau lemahnya
zakar lebih banyak bergantung kepada kesihatan lelaki
berkaitan.
|