|
VIAGRA
bukan jalan penyelesaian
Dalam
mengharungi rumahtangga, mungkin ada pasangan suami isteri
yang mengalami masalah pergolakan rumahtangga terutama
dalam perhubungan kelamin.
Berikutan
itu, mereka saling menyalahkan pasangan masing-masing.
Keadaan ini akan bertambah buruk apabila si suami tidak
dapat memberikan kepuasan kepada isteri. Manakala si isteri
hanya mampu mendiamkan diri, 'terkapah-kapai di lautan
sepi'
Masalah
mengenai ketidakpuasan seks di kalangan suami isteri merupakan
rahsia rumahtangga yang seharusnya dihebohkan. Namun demikian,
penyelesaian yang bijak perlu dicari tanpa menyinggung
kewibawaan dan harga diri pasangan. Salah satu penyelesaian
yang sangat popular hari ini ialah dengan pengambilan
pil Viagra di mana dikatakan lelaki di negara ini merupakan
pengguna yang terbesar.
Penemuan
ubat viagra mampu menolong kaum lelaki mengatasi masalah
ini. Demikian menurut Dr Mohd Ismail Mof Tambi, Pengarah
Pusat Kepakaran dan Reproduksi Manusia, LPPKN, Kuala Lumpur
memberitahu penemuan Viagra ini mampu menolong lelaki
mengatasi masalah kurang keupayaan seks dan juga mati
pucuk yang mengerikan.
Apakah
viagra?
Katanya,
viagra mula diperkenalkan Malaysia pada tahun 1999. Semenjak
diperkenalkan, ia begitu menarik perhatian kaum lelaki
terutamanya mereka yang berusia lebih daripada 40 tahun.
Tidak
seperti kebanyakan ubat tenaga batin, Viagra dikatakan
dapat bertindak terus kepada alat kelamin lelaki yang
menghadapi masalah ejakulasi. Keadaan ini berlaku akibat
tindakan kimia yang mempermudah darah mengalir ke dalam
saluran darah alat kelamin.
Pada
masa yang sama bekalan darah yang keluar daripada anggota
kelamin menjadi berkurangan. Hasilnya otot-otot pada anggota
kelamin menjadi lebih tegang. Sungguhpun begitu, pil viagra
mengambil masa lebih kurang 1 jam sedangkan dalam keadaan
normal proses ini berlaku secara spontan.
Menurut
kajian, ubat viagra sebenarnya digunakan kepada mereka
yang mempunyai masalah sakit jantung. Setelah pesakit
menggunakan ubat tersebut, di dapati ia mampu nencapai
ereksi dan melancarkan pengaliran darah ke zakar.
Selain
itu, menurut Dr Mohd Ismail, ubat viagra bukanlah untuk
menyembuhkan masalah mati pucuk tetapi ia memulihkan dan
mengatasi masalah perdarahan pada zakar agar perjalanan
darah menjadi lancar semasa persetubuhan.
Harga
Untuk
memberikan kepuasan dalam hubungan kelamin, mereka sanggup
menghabiskan wang beratus-ratus untuk mendapatkan pil
viagra. Harga bagi setiap pil viagra yang berat 25mg berharga
RM28, 50mg berharga RM28 dan 100mg bernilai RM48.50.
Kesan
penggunaan viagra
Walaupun,
pil viagra mampu memulihkan masalah mati pucuk tetapi
kemungkinan ia memberi kesan sampingan dan boleh membawa
maut jika digunakan tanpa panduan dan nasihat daripada
pakar.
Tambahan
pula, apabila viagra digunakan serentak dengan beberapa
jenis ubat penyakit jantung seperti ubat jenis nitrogliserin,
isosorbid mononitrat, isosorbid dinitrat dan sodium nitroprusid.
Manakala amil nitrit ("poppers") yang sering
di salahgunakan penagih dadah boleh mengakibatkan maut.
Jadi, adalah penting untuk pesakit mendapatkan pengesahan
perubatan terlebih dahulu sebelum menggunakan viagra.
Kesimpulan
Tanpa
penemuan ubat viagra ini, kebanyakan lelaki hari ini tentu
lebih senang mengamalkan ubat tradisonal seperti tongkat
ali dan sebagainya. Biarpun Viagra dikatakan begitu berkuasa
namun ia bukan untuk menyembuhkan tetapi untuk mengatasi
masalah kelamin.
Kehadiran
viagra dalam negara ini mestilah diiringi dengan kesedaran
secukupnya supaya ubat ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin
agar segala kesan buruk dan gegala sosial yang tidak sihat
dapat diperbetulkan.
Selain
itu, untuk mengelakkan keadaan ini, pemulihan dapat dilakukan
dengan menukar gaya hidup dan latar belakang kesihatan.
Antara
kesan sampingan yang dikesan di kalangan pengguna viagra
ialah:
- Pening
kepala - Pengguna akan mengadu sakit kepala dan akan
bertambah buruk apabila pengambilan pil viagra bertambah.
- Penglihatan
menjadi kabur dan kelihatan seperti kebiru an. Ini disebabkan
tindak balas kimia yang sama berlaku pada bahagian mata
dan kadangkala bertukarkepada warna kehijauan.
- Pitam
- Tekanan darah menjadi rendah.
- Priapisme
- iaitu ketegangan anggota kelamin berlanjutan untuk
berjam-jam.
Kulit menjadi 'kemerahan', dan berlaku gangguan perut.
|